Sebut Harga Kerja-Kerja Membekal Alat Ganti Elektrik Dan Alat Ganti Sivil Di Kuala Lumpur Sports City
KENYATAAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah Kod Bidang 080101 – Kelengkapan/Kemudahan Awam (kecuali kelengkapan kemudahan permainan/sukan) dan Sijil Akuan Bumiputera bagi menyertai sebut harga berikut: -
| NO SEBUT HARGA : | PSM/BKEW/S/2020/9 |
| TAJUK SEBUT HARGA : | KERJA-KERJA MEMBEKAL ALAT GANTI ELEKTRIK DAN ALAT GANTI SIVIL DI KUALA LUMPUR SPORTS CITY |
| TARIKH IKLAN : | 22 JUN 2020 (ISNIN) |
| TARIKH TUTUP SEBUT HARGA : | 29 JUN 2020 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI |
| MUAT TURUN LAMPIRAN : | LAMPIRAN SEBUT HARGA |
- Dokumen Meja boleh disemak di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 22 Jun 2020 (Isnin).
- Setiap penyebut harga hanya dibenarkan mengambil satu (1) Dokumen Sebut harga dan mengemukakan satu (1) tawaran sahaja.
- Jika tidak hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan wakil yang telah ditauliahkan. Dokumen sebut harga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil syarikat yang sah sahaja.
- Dokumen Tawaran Teknikal dan Tawaran Harga hendaklah disediakan dalam sampul yang berasingan dan dimasukkan ke dalam satu (1) sampul surat besar yang berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebut harga di sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada 29 Jun 2020 (Isnin). Tawaran yang lewat dikemukakan dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Perbadanan juga tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
- Perbadanan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.
- Syarikat hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan sebut harga ini.
- Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut:-
Spesifikasi
Khairul Anuar Che Ani 019-2685578
(
Dokumentasi
Mohamed Shafie b. Abdul Razak 03-89920850
(